DaY 1 Sek@MMU Kedah

sekmmuOkeh. Mari bercerita tentang Sek@MMU Kedah. Sedikit pengenalan tentang Sek@MMU Kedah :-

Event ni, adalah salah satu aktiviti community service yang dianjurkan oleh Sekretariat Sek@MMU, Multimedia University, Cyberjaya. Sek@MMU sudah menjelahi hampir ke semua negeri-negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, dan kini, Kedah..!!! Objektif utama program ini, adalah untuk memupuk minat pelajar-pelajar sekolah tentang ilmu IT dan multimedia (name pun Multimedia University, kan…) di samping mengadakan aktiviti-aktiviti berbentuk motivasi dan membina sahsiah cemerlang di kalangan para pelajar.

okeh..let’s begin..!!

Day 1.

Seramai 30 org (kot) komiti Sek@MMU Kedah dan En Omarrudin (penasihat Sek@MMU)masjidxzahirx0021 menyertai misi ini. Selepas berhenti untuk Sembahyang Subuh, persiapan diri di Masjid Zahir yang terletaknya di Alor S etar dan bersarapan, kami terus menuju ke misi utama kami iaitu Sek Men Keb Mergong, Alor Setar, Kedah. Kami tak dapat check-in hostel sesampainya kami di sana, kerana asrama masih belum dikosongkan kerana masih dalam waktu persekolah. Kami tiba lebih kurang pukul 10pg. Kami hanya memunggah barang- barang teknikal, aktiviti,& multimedia ke Bilik Gerakan Asrama (yang dijadikan sebagai Bilik Operasi (OR).

Aku dan Filzah ditugaskan untuk menguruskan pendaftaran pelajar2. Seramai 88 org pelajar sekolah (sekolah kalo boleh nak hantar lebih lagi, itu pun sebenarnya dah lebih 8 orang.uhuks) dari Tingkatan 2,3,4 dan 5 menyertai program ini.


tag nama Program diteruskan dengan Majlis Perasmian yang dihadiri oleh Pen. Kanan, Warden Asrama dan Guru Penyelia (Pengetua tak dapat hadir kerana ada program lain). Mendengarkan ucapan Pen. Kanan SMK Mergong ni membuatkan kami dari MMU ni cuak sekejap. ahaks.
Mana taknye, beliau menekankan bahawa kami sebgai siswa/siswi ni sebagai role model
kepada adik2. Setiap perilaku kami dinilai oleh adik2 sekolah. Sampaikan, ade komiti yang berambut “terpacak” terpaksa meleperkan rambutnya. (bagi kami, gaya rambut macam tu “ada style”[bukan mcm punk rock or rambut kaler2 tu eh..], tapi, bagi cikgu2 di sekolah, itu menjadi isu, mungkin boleh mengkonpiuskan adik2 yang meningkat remaja..). kelakar plakkan.. miahahah. :P

Selepas makan tengahari dan solat, program diteruskan dengan aktiviti beramai2 (main games la..)! Pada awal games, kami dapati, budak2 sekolah ni memang pemalu giler. Pelajar lelaki dan perempuan memang tak together2. Bila suruh bercampur ikut bulan kelahiran pun, ada 2 kumpulan untuk setiap bulan, satu untuk lelaki, satu lagi untuk perempuan. memang tak bole dekat langsung, macam ada virus kronik je bila dekat walau sedepa. kehkehkeh. terpaksa lah kitorang “tarik2″ dorang ni supaya bekerjasama lelaki & perempuan.

bola beracun

bola beracun

hohoho. masa games BOLA BERACUN, aku menjadi mangsa round pertama..!!! (fasi dan adik2 bermain bersama2, tiada pengecualian beb kecuali MC !!) nasib baik, bola beracun ada 10++, so, ramai la yang terkena dan upacara denda dilakukan secara jemaah. Ktorang dkehendaki beraksi ala-ala mat rempit yg tgh berlumba kemudian terlibat dalam kemalangan. BUAT Ajer la.. kihkihkih.. :P .

Pembahagian kumpulan. Aku menjadi fasilitator untuk Kumpulan 1 bersama-sama Hazim. Adik2 di bawah jagaan kami, Zakirah, Zafirah, SUhail, Shah, Acap, Safwan dan Bakar. Ya Allah, masa mula2 masuk dalam kumpulan, semua senyap!!! Puas jugak suruh diorang ni bukak mulut. Tanya sepatah, dijawab sepatah.

group aku & hazim

group aku & hazim

Semasa aktiviti pertama (LDK 1) iaitu mencipta logo,nama kump, dan SHOUt juga, masing2 agak malu2. Semasa persembahan logo kumpulan di depan, nampak jelas adik2 ni “tketaq2″, cakap putus2 & slow. Untuk mengurangkan gabra dorg nih, fasi2 turut bersama di depan dan melakukan gaya ShouT bersama2. ahaks. :P . Tujuan aktiviti ni untuk membina keyakinan diri dalam diri adik2 untuk bercakap di hadapan. Yerla, kalau tak berani bercakap di depan, susah nanti beb. Kena ketawa bila tersilap tu biasa la, tapi, orang bukannya ingat sampai mati pun.. ehehe. Lepas je presentation logo tu, dpt la tgk perubahan adik2 group aku ni skit. Masing2 dah mula buka mulut dan bertanya soalan kepada ktorg tentang MMU, course dan lain2. Tapi, bila dorang ni dah buka mulut, asik aku je yang kena usik. Aiks.

Makan malam, solat Maghrib& Isyak. DIsebabkan aktiviti LDK 1 tamat lbih kurang pkul 6, kami, fasi2 baru berpeluang memunggah beg2 ke dalam asrama. Sepatutnya, kitorang sembahyang jemaah di surau sekolah. Tapi, disebabkan sibuk memunggah beg dan lewat makan, aku sembahyang jamak terus kat surau asrama. Selepas je sembahyang jamak kat surau asrama, aku terus gi ke Surau Sekolah bersama Siti. Masa ktorg sampai tu, adik2 ramai yang dah ada..fasi perempuan…? gulp. Akibatnya,…akan diciter masa DAy 2..hoho.!

Kelas IT 1 bermula jam 9 mlm. Aku tak pergi ke Makmal Komputer pada malam tu kerana berada di Bilik Operasi (OR) kerana menguruskan hal2 hamper. Apa yang berlaku pada Kelas IT malam tu, ada sedikit kesulitan. Makmal komputer agak sendat dengan murid2 kerana kurang ruang dan komputer. Ada beberapa komputer yang tak dapat berfungsi dengan baik. Terpaksalah adik2 ni berkongsi komputer. Cubaan lagi bagi biro Multimedia, apabila kebanyakan pelajar Form 4 & 5 yang majoriti Aliran Multimedia, sudah mempelajari Adobe Photoshop di sekolah. Walau bagaimana pun, masalah modul diatasi dengan mengasingkan pelajar form 4&5 dengan form 2&3. Terpaksalah biro Multimedia menyediakan modul baru yang gempak skit untuk diajar adik2 nih.hohoh. Makmal Access yang agak sempit ditempatkan untuk pelajar form 4&5 yang tak ramai jumlahnya dan Makmal Multimedia (agak besar) untuk pelajar Form 2&3 yang ramai jumlahnya. Masalah kekurangan komputer diatasi dengan menggunakan laptop2 komiti. =) . Penyelesaian masalah ini dilaksanakan semasa Kelas IT 2 keesokan harinya.

Selepas minum malam, kami, komiti2 ada post mortem dan latihan untuk persembahan malam kebudayaan… huuu… ngantuk giler time tu. cuaca memang sejuk kerana hujan turun membasahi bumi Kedah dari pagi sampai malam. Aku yang tak tahan sejuk ni terus kena selesema. srottt..srottt.. Nak demam pun yer. Hissshhh.. Tamat lebih kurang pukul 3 pagi. Lepas jer abis, terus tido.. Memang flat terus. Time Mr A call pun, mamai. Pastu ade yang kecik ati …. addedehs..

P/s: MORE PICS will upload later. :)

Post a Comment